"
Assalamualaikum...
Dah petang hari.. biasenye petang-petang macam ni aku bersosial dengan kucing-kucing aku kat luar.. tapi hari hujan pula.. jadi mereke semue menghabiskan masa dalam rumah jela untuk makan dan melibatkan diri dengan aktiviti membucitkan perut..
hoo.. kali ni aku nak cakap pasal minat aku pada kucing. kepade yg xminat binatang mesti anggap ini sesuatu yg MENJIJIKKAN!
Kepade yg rase mual dengan entry ni dipersilakan klik X dalam kotak kat atas tu. aku x taip panjang-panjang untuk korang bace. ni untuk pencinta haiwan sahaje. kepada sesiape yg ada minat sama, anda JANGAN MALU untuk mengaku minat anda tu. bukan bermaksud aku suruh korang riak atau menunjuk-nunjuk.tapi sebagai manusia yg ada rase tanggungjawab sesama makhluk kita mesti sama-sama pupuk nilai KECINTAAN nii pada masyarakat kita yg semakin
KEJAM TERHADAP BINATANG!
Sebenanarnye seronok bila dapat luangkan masa dgn buat perkara baik terhadap binatang ni.. aku sendiri enjoy dgn minat aku sendiri walaupun kadang-kadang orang rase meluat dgn minat aku tu..dan keseronokan tu aku abadikan dalam gambar-gambar waktu senja ni....
sedang berlari-lari bersame semut hitam!
haaa, ini kucing sangat suke dgn serangge terutama semut hitam besar tu. memang sampai lubang cacing die ikut semut tu. kadang-kadang kesian,umur semut tu tak panjang Acik dah NGAP!
ini Acik.. dia ada sepasang mata kaler biru.. comel.. tapi kuat sangat makan!
yg itam tu Acik Tam.. adik-beradik yg datang rumah pd bulan puase hari tu,mengiau-ngiau tanpa ibu.. mak aku setuju nak bele mereka semue:p
intai-intai abang Oni yg tengah sibuk mintak makanan!
penat aku landing atas tanah nak suruh Acik pandang kamere tau!
finally, aku berjaye jugak!hahaha
inipun gambar hasil aku crawling atas tanah time maghrib
sebelum mak aku panggil masuk suruh tutup tingkap!
waktu ni semue kucing aku dah masuk rumah...
RENUNGKAN :
Janganlah malu untuk mengaku yang kita adalah pencinta haiwan. Kita sepatutnya rasa berbangga kerana memiliki perasaan yang orang lain tiada.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu.
Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Kita yang sepatutnya malu sekiranya tiada sifat-sifat yang sedemikian......
"Jadilah kamu seorang yang baik terhadap haiwan, sekurang-kurangnya kamu telah kurangkan seorang yang jahat terhadap haiwan di dunia ini...."
kakimotong.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan