Agak keterlaluan ke kalau kau xnak kasi barang yang kau ade kat orang yang mintak pinjam barang tersebut? hah,aku rase memang la ade unsur-unsur kedekut tapi dalam aspek dan keadaan yang berbeza. aku ada masalah di mana kawan aku ni suke sangat pinjam barang aku xkire ape dan di mana saja dia berada. pertama kali aku xkisah la sangat kan tapi kalau dah sampai ubat pensel tekan-tekan dgn jari tu(0.5mm), pemadam, kaler BUNCHO, selendang, handbag, selipar, baju sejuk, inner, tudung.........bla...bla...bla.... memang banyak aku sendiri rase xlogik! tapi aku xtipu! aku berani sumpah! memang aku sakit hati asal lah mereka ni miskin sangat sampai xmampu nak beli ni sume. memanglah xmintak pinjam tu sume dalam mase sekali gus, tapi kalau dah tiap-tiap minggu, bulan, hari ade je yang datang rumah, sms la, telefon la mintak pinjam mau x berbulu hati aku!
Memang aku tengah emo giler sekarang sampai ayat yang aku taip pun dah caharam. aku xtahu lah apa aku nak buat lagi pasni. mak aku sendiri marah bile 'mereka' sekalian makhluk tuhan yang dicipta memang bersifat xmalu datang buat muke macam anak harun datang mintak pinjam. mak aku cakap, 'ANAK-ANAK MAK APA YANG KORANG NAK SEMUA MAK BELIKAN XDE LAH NAK MINTAK PINJAM KAT ORANG KECUALILAH XMAMPU SANGAT TU'..
Pernah satu hari dijadikan cerite Tuhan nak uji sangat kesabaran aku, datanglah pepagi bute sipolan ni kerumah aku. mak aku ketuk pintu bilik minta tuala manita. aku tanya sape yang nak. mak aku cakap si **** yang nak. kat rumah die xde. Subhanallah dalam hati aku.. sampaikan itu pun nak mintak kat rumah orang.. memang xmasuk akallah kan. aku pun rase sakit hati juga kengkadang bile barang yang aku paling sayang(selendang) orang pinjam dah tu buat kotor. xbasuh pula tu. memang sakit dan cukup sakit!
Yang menambahkan kesakitan jiwa dan raga aku ni bile aku mintak pinjam apa-apa dari 'mereka' tu, 'mereka' pula yang tak de barang yang aku nak tu!pernah satu hari aku nak mintak pinjam set jangka lukis sebab malam tu hujan aku xboleh keluar ke kedai.petang tu aku sibuk sampai aku lupe. malam tu barulah teringat... bile aku sms 'mereka' ni tau ape jawapan 'mereka'?? haruslah ''TAKDE''. memang agak mendatangkan kemurkaan aku lah kan bila dah jadi macam tu.
Kepada peminjam-peminjam tegar kat luar sana ketahuilah anda bahawa aku memang benci orang suka meminjam barang-barang murah yang korang boleh beli sendiri dgn duit yg korang ade! Topup tiap-tiap hari boleh, sampai bile nak pinjam barang orang tanpa perasaan serba salah! bogel jelah korang kalau susah sangat nak beli barang keprluan sendiri! korang pinjam barang orang jangan ingat orang tu suka korang bergaya sini-sana dgn barang dia.......pepaham jela...aku lagi menyampah adala...
apai!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan