Assalamualaikum.wbt.
Setelah penat memikirkan perkara apa yang akan ku umpatkan hari ni, akhirnya dapat satu idea.
Agak-agaknya apa dia ya HARI BODOH SEDUNIA?
Antara memo-random yang aku cadangkan ialah Pertubuhan Kaki Bodoh Sedunia di mana ahlinya terdiri daripada anak jiran-jiran aku yang malas nak belajar dan rajin memekakkan telinga dengan bunyi motor yang lagi enak banget!
Kedua, ahlinya mesti berjanji sehidup semati iaitu dengan buat aksi Berani Bodoh di atas jalanan dengan mengangkat tayar motor mahupun angkat motor sekali terutama pada waktu Maghrib yakni waktu Setan Merah (RED DEVIL) sedang bermain teng-teng di jalanan. Dengan ini,bilangan setan dapat dikurangkan apabila mereka mati dilanggar ahli kelab Kaki Bodoh.
Ketiga, majlis Hari Bodoh Sekeluarga juga amatlah digalakkan untuk diadakan pada setiap tahun, malah jika nak buat tiap hari lagi afdal. Antara objektifnya adalah untuk mengenali dan merapatkan silaturahim antara ibu bapa ahli persatuan yang kelihatannya tidak mampu mendidik dan menjaga anak masing-masing. Selain dapat bertukar-tukar pendapat atau TIPS bagaimana nak menambahkan kebodohan anak-anak.
Dengan Ini, saya selaku wakil pelajar memohon pihak kerajaan mengadakan Hari Bodoh Peringkat Kebanggaan agar mereka secara rasminya diiktiraf sebagai warganegara bodoh yang SAH.
SEKIAN HARAP FAHAM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan