Setelah berhabuk blog aku barulah tergerak tangan aku untuk menaip.. kalau tak aku sekadar buka sekejap saja untuk membelek-belek statistik bacaan aku,, walaupun aku tak tahula betul atau tak statistik yg majoritinya pembaca aku ada yang dari US,Indonesia,bla..bla...bla.. dan hari ni aku bukanlah nak membebel pasal tu tapi aku nak cerita pasal 'QANAAH'.
Ya! Qanaah tu bukanlah mak cik yg jual kuih mahupun perempuan yg dalam fesbuk yg mengharap 'like' dari org lain...BUKAN! QANAAH ialah sifat manusia yang sentiasa redha dgn nikmat pemberian Allah.. atau pendek kata, sentiasa mencukupilah.. Cerdik pandaipun pernah berkata bahawa kita(manusia normal) sentiasa akan tidak merasa cukup dgn apa yang pernah kita peroleh walaupun kita sudah mendapatkannya..
Hari ni juga aku bukan nak jadi ustazah, cuma aku nak menceritakan sifat seorang yang dah lama aku kenal dan aku memang respect sifat dia yang satu ni.. Andaikata insan tu terbaca, buangkanlah rasa bangga dalam diri,buangkan rasa riak dalam hati. bukan niatku utk mengangkatmu tapi niat ku untuk mencontohimu...
Kadang-kadang aku konfius nape dia tak pernah merungut dgn apa yg dia ada.. sampaikan nak buat lesen,nak beli lap top,nak beli motor, seharusnya dia usahakan sendiri. sedangkan,apa yg aku nampak kawan-kawan sebaya dia dah ada yang berkereta,bermotor,malah lesen pun dah beres.. tak payah nak kusut2 fikiran lagi. tapi bila aku teringatkan dia, dia sekalipun tak pernah mengadu pada aku tentang 'kekurangan' yg dia alami..
Bukan aku nak jadi prejudis terhadap keluarga dia, tapi sebagai hamba, JIKA aku berada di tempat dia aku tak tahu aku mampu diamkan saja atau tak. segala yang dia nak mesti di usahakan sendiri. aku juga tak delah nak bising sangat dia nak beli cell phone mahal2,tapi memandangkan keadaan kewangan yg sentiasa tak cukup aku berat hati juga. dia memang dah lama nak phone yg lebih senonoh dari phone torchligh tu, tapi yela... tulah rezeki...bila aku tengok dia dah dapat apa yang dia nak, at least melepas juga hajat dia. aku boleh tengok dia puas hati.
Kadang-kadang aku jadi simpati dgn dia.. dah banyak kali dia nak buat lesen.. member2 lain semue dah siap lesen kereta pun,tapi dia lesen mooto yg 'L' pun belum ada jgnkan lesen 'P'. tapi dia tak pernah ada bunyi merungut.. Aku pulak yg jadi pelik asal dia tak pernah nak mengadu,bersedih ke ape ke.... Pernahlah, aku tanya dia tak rasa cemburu kke dgn member lain.. tapi entahlah.. mungkin jawapan dia sekadar nak menyedapkan hati dia sendiri je kot.. kalau aku normal, aku rasa mestilah aku cemburu.. tapi dia xpernah pun merungut.. Aku pun tak tahu dia ni makhluk apa tak de rasa kecewa...
Jadi, satu hari aku tanya dia... Kenapa dia tak pernah merungut dgn apa yang dia ada dan tak de.. Sedangkan org lain senang-senang dapat apa yang mereka nak.. Ni jawapan dia ;
Lagipun dia tak dapat nak tunjuk yg terbaik, padanla dgn apa yang dia dapat..
Dia tak kisah kalau da itu yg selayaknye..
Sebab tu dia bukan jenis melawan..
Aku gembira sebab Allah pertemukan aku dgn 'sahabat' yang paling rapat dgn aku.. memang penyabar.. dan aku seronok dapat mengenali dia.. memang kita banyak kelemahan dan kelebihan.. dan dia... punya kelebihan tu...yang aku mampu, aku doakan semoga Allah buka pintu rezekinya, dan permudahkan segala urusannya.. aku harap dia kekal dgn kesabaran dia....begitu manusia saling melengkapi..
sekian untuk hari ni.... salam sayang utk semua!assalamualikum^_^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan