Selasa, 21 Februari 2012

OH.....BARULAH AKU TAHU....

assalamualaikum...


aku nak betulkan semula persepsi awal aku pada entry aku yg lepas. biasalah manusia ni sentiasa melakukan kesilapan. dan kesilapan tu sekarang dah mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa. ceh! ayat komsas tingkatan 4! hahaha

dulu aku pernah beritahu pasal gastrik dan masalah angin adalah dua alam yg berbeza. tapi,setelah aku buat rujukan melalui guru dan pembacaan aku, kini aku sudah dapat jawapan sebenar. yakni,


ANGIN merupakan salah satu penyakit GASTRIK!


Ini disebabkan kekurangan pengambilan kuantiti makanan(makan yg terlalu sedikit) dan kesilapan individu dalam melengkapkan waktu makan yg sepatutnya(selalu yg tidak bersarapan pagi mahupun makan malam). Ia juga muncul kerana dipengaruhi oleh jenis makanan yg diambil (certain makanan spt pulut,timun,buah kundur, dll).

jadi, aku tak perlulah lagi buat muke pelik bila doktor beri aku ubat gastrik. Angin dalam badan juga boleh menyebabkan pedih ulu hati sama macam gastrik, cuma gastrik lebih kepada pedih pada perut. gastrik ada terdapat dalam pelbagai jenis. macam kuih-muih la juga kan. apalah yang aku mengarut ni. by the way, MULAI saat ni aku tak akan ambil dadah daripada klinik/hospital lagi jika aku hidap angin lagi sebab apa?sebab. . . .
ENO HALIA lebih berkesan. hahaha..

okay...selamat bergembira!senyum dan skema selalu.wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan