Lama tak bloging... agak takde masa.. hehehe.. takpelah, hari ni aku nak kongsi satu resipi mudah macamana nak masak NASI GORENG RIBUT! hahaha.. jangan khuatir, nama memang agak menyeramkan tapi rasanya sedap dan sangat mudah untuk disediakan nak-nak bagi yang dah jemu makan nasi goreng biasa!
BAHAN RIBUT :
-bawang putih
-bawang besar
-nasi
-kicap manis
-sos tiram
-kiub AYAM(1 kiub sahaja)
-isi ayam(opsyen)
-udang(opsyen)
-sotong(opsyen)
-sawi
-
-sayur campur(opsyen)
-cili padi(dihiris halus)
-garam
-kunyit
-planta
NASI GORENG RIBUT YG BAPAK SEDAP
CARA NAK BUAT
1.Goreng udang yg digaul dgn garam dan sedikit kunyit sampai masak
2.Asingkan udang yg digoreng. guna minyak yg diguna untuk goreng udang tadi untuk penyediaan nasi goreng sebagai perasa.
3.Tumiskan bawang besar(hiris),cili padi dgn bawang putih(cincang halus) sampai layu.Tambahkan sedikit PLANTA sbg perasa.
4.Kemudian, masukkan ayam atau protein lain yg anda pilih utk nasi goreng anda. Goreng sehingga lembut dan masukkan sawi atau sayur2 lain mengikut kehendak anda.
5.Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan kicap manis(jangan terlalu banyak sos tiram). tambah sedikit sahaja air untuk melembutkan sayur dan protein. Masukkan kiub pati ayam kedalam kuali.
7.Masukkan sikiiiiiiiiiiiiittt saja garam halus.
8.Bila air sudah kering sedikit masukkan nasi putih dan kacau sehingga sebati!
9.Masukkan semula udang yg sudah digoreng terlebih dahulu dan kacau bersama nasi goreng anda.
10.Sedia untuk dihidang!
p/s:
Anda tidak digalakkan campur protein laut spt udang dgn protein darat spt ayam.
JANGAN bubuh air terlalu banyak...kalau anda DEGIL nasi anda akan basah! dgn itu namanya secara automatik menjadi NASI GORENG BANJIR!
SELAMAT MENCUBA!
wassalam^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan