Amacam aku tulis huruf besar semua? haha.. Itu tandanya korang kena jawablah tu..
Korang mesti pernah tengok berita TV3 pukul 8.00 p.m yang aduan rakyat tu kan? Kalau tak pernah tengok pun takpe. Sebab itu tandanyya korang bukan dari golongan yang suka ambil tahu isu semasa.. haha..
Okay, pendekkan cerita, aku tertanya-tanya mengenai aduan rakyat yang mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan masalah banjir yang melanda bandar Kajang, Kuala Lumpur. bla...bla...bla... punca utama mereka kata masalah longkang tersumbat?? dem!
Korang faham maksud aku? Mesti korang tak fahamkan? Okay aku terangkan. Aku pelik sebenarnya bila ada yang tak tahu malu mengadu wujud masalah demam denggi,banjirlah,air bertakunglah lepas tu tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa pihak berwajib tak buat saliran dengan betullah,tak kutip sampahlah,bla..bla..bla...
Aku memang rasa berbulu dengan orang macam tu. yang aku paling tak tahan menyalahkan Dewan Bandaraya lah tak buat kerja macam-macamlah. Tapi bila cakap pasal SAMPAH apa pasal seorang manusia pun TAK NAK mengaku dia yang menyebabkan longkang punye besar tu tersumbat! dem! Ini tak bodoh ke? Sudahlah buang sampah dalam longkang, lepas tu menyalahkan sistem saliran tak diperbaiki. Eh, kerja kutip sampah tu lagi MULIA lah nak di bandingkan dengan kita yang tahu BUANG SAMPAH MERATA-RATA je!
Itulah yang aku tak faham. Yang aku lagi tak faham ada ke patut TONG SAMPAH punye besar KOSONG lagi tapi adalah jin mata satu apa entah yang bodoh sangat buang sampah diluar tong sampah tu! Aku memang berbulu-bulu tengok jin macam tu. Kalau korang apa yang korang rasa? Aku rasa orang yang macam tu mesti akan rasa BODOH satu hari nanti sebab TONG SAMPAH punya besar pun tak reti nak target.
Inilah sikap masyarakat Malaysia yang patut diamalkan agar negara kita mencapai jumlah sampah yang maksima 10 tahun akan datang!
????????
Fikirlah sendiri. Wassalam.


ciyesly, setuju dgn YB ! :D
BalasPadam