Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT.
Malam ni tak boleh tidur pula kan.. Macam-macam bunyilah kedengaran di luar sana tu.... Tak apalah aku nak cerita yang petang tadi
aku berjaya hasilkan POPIA yang paling mudah dan sonang untuk dibuat...
Baru-baru ni ada juga buat popia ayam dan resepinya pun sama je dengan popia daging versi aku ni.
Kalau rasa nak ubah boleh atau nak adaptasi pun boleh. Ikut kreativiti kamulah.
Tapi asasnya InsyaAllah aku akan kongsikan..
Antara bahan utamanya ialah :
Bawang putih & bawang besar
dipotong halus
Ubi keledek warna oren(lebih manis)
Ubi kentang(pilihan)
Sedikit sahaja rempah kari daging
Kamu boleh tambah alat tumis seperti bunga cengkih,bunga lawang, daun kari, lada hitam, dll
Daging yang telah direbus dan dipotong halus
(boleh guna protein lain)
Air rebusan daging
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Kamu akan dapat hasil macam ni(kering) bila bahan-bahan tadi ditumis.
Boleh tambah daun sup untuk lebih perisa dan warna..
JANGAN lupa kulit popiah nya pula..
Aku guna yang segera lebih buat popiah ayam hari tu...
Kamu sejukkan intinya tadi dan kemudian gulungkan.
Goreng sampai warna keemasan..
Yang aku ni terlebih keemasan sebab banyak lagi popiah nak digulung..
Hehehe... Itupun guna dua-dua tangan dalam satu masa..
Tisu diguna untuk serap minyak sebaik saja popiah diangkat!
Yum! Yum!
Sesuai sangat untuk minum petang atau lepas berbuka puasa....
Sebelum apa-apa, pastikan korang ;
-tak gunakan rempah kari yang terlalu banyak,
-intinya diperisakan dengan masin dan manis secukupnya..
-Kalau manis sangat tambahkan asam keping.
-Jangan lupa guna daun kari.. Aku tak guna sebab daun kari kat belakang rumah buruk makan dek ulat.hehe
-Jangan taruk banyak sangat sos tiram dan sos cili sebab kedua-duanya dah diperisa(masin dan manis)
-GORENG dengan api yang perlahan
-pilih UBI KELEDEK yang manis sedikit untuk diseimbangkan dengan rasa tawar kentang yang berkanji
Selamat mencuba! Semoga ilmu yang sedikit ini diberkati.
Wassalam (-:











Tiada ulasan:
Catat Ulasan